Karnival Pencegahan Jenayah Putrajaya

Ucapan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye di KARNIVAL PENCEGAHAN JENAYAH PUTRAJAYA

Menurut Perangkaan Polis bilangan kes jenayah index pada tahun lepas 2012 berjumlah 140,907 kes menandakan penurunan sebanyak 12,441 atau -8.1% berbanding dengan 153,348 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2011.

Tidak dinafikan bahawa dengan peningkatan kehadiran polis serta rondaan bersama agensi- agensi penguatkuasa lain di kawasan panas telah berjaya mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun walaupun ia masih terus berlaku.

Sungguhpun demikian, pihak polis tidak boleh menarik nafas lega dan perlu melipatgandakan usaha untuk memerangi dan mencegah jenayah.

Saya juga ingin menyatakan bahawa usaha-usaha pihak polis di dalam mengurangkan kadar jenayah tidak akan dicapai tanpa kerjasama orang ramai serta penyertaan pelbagai NGO seperti MCPF yang telah sekian lama membantu polis di dalam mendidik dan menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan untuk membantu mencegah jenayah.

Walaupun tahun 2012 membawa kejayaan kepada polis dalam mengurangkan kadar jenayah, pasukan polis perlu mengambil langkah-langkah innovatif untuk berdepan dengan cabaran yang lebih besar pada tahun 2013.

Pihak polis perlu meningkatkan keberkesanan kepolisan, menerima pakai teknik-teknik yang lebih baik dan cara-cara untuk berurusan dengan perubahan lanskap yang pelbagai serta meningkatkan peranannya dari segi penyampaian dan pemantauan perkhidmatan polis untuk manfaat rakyat.

Walaupun telah banyak pencapaian di dalam mengurangkan jenayah, bagi saya, cabaran yang paling besar yang terpaksa dihadapi oleh pihak polis ialah bagaimana untuk meyakinkan orang ramai untuk menerima kadar penurunan jenayah dan mengatasi rasa takut terhadap jenayah.

Menurut laporan media baru-baru ini sebanyak 52.9 peratus daripada penduduk masih merasa takut kepada jenayah.

Perasaan takut terhadap jenayah adalah serius seperti jenayah itu sendiri dan ia perlu ditangani secara berkesan. Soal persepsi masyarakat terhadap jenayah perlu ditangani secara berkesan.

Kejadian jenayah telah menjadi isu kebimbangan utama kepada semua rakyat Malaysia. Jenayah kekerasan dan trauma harus dilihat secara serius bukan sahaja oleh kerajaan, agensi penguatkuasa undang-undang dan badan kehakiman tetapi juga oleh masyarakat kita secara keseluruhannya.

Kita perlu menangani jenayah dalam pelbagai aspek.

Dari aspek PENDIDIKAN, kita memerlukan program kesedaran yang berterusan untuk mendekati semua lapisan masyarakat serta mendidik belia dan remaja kita untuk menjauhkan diri daripada gejala sosial.

Lebih membimbangkan kita adalah dengan mengambil kira kemunculan banyak penyakit sosial yang melanda belia dan remaja kita.

Pihak SEKOLAH perlu memperketatkan disiplin dengan bantuan para guru, ibu bapa dan pihak berkuasa yang berkenaan. Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mereka di dalam mendidik anak-anak dan perlu sentiasa memikirkan tentang hal anak-anak mereka , keselamatan di luar rumah dan di sekolah.

IBU BAPA perlu memainkan peranan untuk membimbing anak-anak membesar menjadi insan yang baik dan berguna.

KERAJAAN dan Penguatkuasaan Undang-Undang perlu bersungguh-sungguh untuk menguatkuasakan undang-undang demi kepentingan kesejahteraan masyarakat dan pencegahan jenayah, dan ia mesti dilakukan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Kepolisan negara bukan sahaja melibatkan orang yang diadili dengan senapang dan kereta peronda. Apa yang kita perlukan juga termasuklah pendidikan, kemahiran bahasa dan komunikasi, kaunseling dan psikologi, perubatan forensik, teknologi maklumat dan komunikasi, sains sosial dan juga integriti.

BADAN KEHAKIMAN juga perlu menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak pesalah.

Jika kemajuan menjadi punca peningkatan kepada kadar jenayah, maka kita perlu menangani aspek negatif pembangunan ini di peringkat awal lagi.

 

TAN SRI LEE LAM THYE

NAIB PENGERUSI

YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF)

KARNIVAL PENCEGAHAN JENAYAH PUTRAJAYA